Dapatkan tapak pelaporan intervensi linus saringan 2 2014 disini
https://drive.google.com/file/d/0B6CUjypYxaiiTktVNVlYYUV6Tms/view?usp=sharing
Dapatkan tapak pelaporan linus saringan 2 2014 disini https://drive.google.com/file/d/0B6CUjypYxaiibG95ZlRMdlhqdmc/view?usp=sharing
Sunday, 2 November 2014
Wednesday, 23 October 2013
Wednesday, 21 August 2013
GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM LINUS
PERANAN
FASILINUS & GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM LINUS
Peranan
FasiLINUS
1. Memastikan segala maklumat berkaitan
program LINUS sampai ke peringkat pelaksanaan di sekolah
• Taklimat
• Edaran maklumat
• E-mail
• Sistem pesanan ringkas berpusat (SMS)
2. Menjalankan dan menyelaraskan latihan
on-site bagi guru LINUS
• Micro Teaching dalam kalangan guru-guru LINUS
(Dilaksanakan di peringkat sekolah / dikelompokkan mengikut zon)
• Bengkel modul LINUS dilaksanakan secara bersiri
(Meningkatkan penguasaan guru LINUS terhadap sesuatu modul)
• Membina bahan bantu mengajar untuk guna sama
(Meningkatkan inovasi dan kreativiti serta kepelbagaian BBM)
3. Membantu pihak sekolah secara langsung dalam
merangka tindakan susulan berdasarkan masalah yang dikenal pasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran
• Perbincangan bersama guru LINUS
• Menentukan pendekatan atau penggunaan modul
yang bersesuaian
untukmurid yang telah dikenal pasti
4. Memberi kerjasama sepenuhnya dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
5. Membimbing dan memantau pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran LINUS disekolah
• FasiLINUS akan bersama-sama dengan guru semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas
• FasiLINUS akan bersama-sama dengan guru semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas
6. Memantau Pelaksanaan LINUS
• Sistem Fail
• Data Murid LINUS
• Bahan Bantu Mengajar
• Pengajaran dan Pembelajaran
7. Memberi Motivasi dan Sokongan.
8. Mengumpul dan Menganalisis Data
• Keputusan Saringan 1, 2 dan 3
• Data guru LINUS
9. Bekerjasama dengan guru pemulihan khas untuk membantu murid yang
dikategorikan sebagai murid LINUS Tegar.
10. Mengesan sejauh mana
sekolah dapat mengurus pelaksanaan program LINUS.
11. Membantu pihak sekolah
menyediakan pelan tindakan program LINUS.
12. Menilai keberkesanan
program LINUS terhadap pembelajaran murid.
13. Seorang FasiLINUS
bertanggungjawab terhadap 30 buah sekolah di daerahnya.
14. Menetapkan sasaran
pengurangan bilangan murid LINUS selepas setiap saringan di sesebuah sekolah.
Peranan
Guru LINUS
1. Mengikuti kursus LINUS.
2. Melaksanakan kursus dalaman kepada semua guru.
3. Melaksanakan Saringan 1, 2 dan 3 bagi Lisan dan Tulisan.
4. Mengumpul data dan mengenal
pasti murid LINUS.
5. Mentadbir kelas dengan baik.
6. Sentiasa mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS.
7. Menfailkan data.
8. Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Peranan
Guru Matematik
1. Mengikuti kursus dalaman LINUS
- Dikendalikan oleh guru LINUS (Penyelaras LINUS Sekolah)
2. Membantu melaksanakan dan menyelaraskan Saringan 1 dan 4 pada bulan Mac.
3. Mengenal pasti murid-murid LINUS yang tercicir dalam arus
perdana.
4. Membantu guru LINUS secara langsung dan tidak langsung dalam
penyediaan bahan bantu mengajar
untuk murid LINUS.
5. Membantu guru LINUS untuk mengenalpasti murid LINUS tegar.
6. Merancang jadual waktu untuk murid LINUS tegar.
7. Mengajar murid LINUS Tegar (dengan kejasama Guru Pemulihan).
8. Menjalankan Ujian Diagnostik untuk murid LINUS Tegar.
Peranan
Pentadbir Sekolah
1. Mengenal pasti dan melantik guru LINUS
2. Membentuk Jawatankuasa Kerja di sekolah
3. Melantik AJK Kerja LINUS (Surat Lantikan)
4. Menyediakan fail
a) Fail Induk
- Carta Organisasi
- Ahli Jawatankuasa
- Minit Curai
- Laporan
- Minit Mesyuarat
- Carta Proses Kerja
b) Fail Keputusan Saringan
- Analisa Keputusan Saringan
- Borang Skor Individu murid LINUS
c) Fail Maklumat Peribadi murid LINUS
5. Membuat perancangan tahunan
6. Menghantar analisis keputusan saringan pada akhir bulan Mac, Jun
dan September kepada PPD
7. Memantau pelaksanaan program LINUS di sekolah sendiri dan
menjalankan tindakan susulan
8. Memberi motivasi kepada guru LINUS
9. Bekerjasama dengan erat antara pentadbir dan ibubapa / PIBG
Peringkat sekolah
* Guru
Besar, Guru Penolong Kanan dan Ketua Panitia
Menjalankan pemantauan
pelaksanaan LINUS, pentadbiran kelas, proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas.
Subscribe to:
Posts (Atom)